Tuesday, August 26, 2014

Keputusan UPU ...

Assalamualaikum .. :)

Sebenarnya 12hb da keluar result .. so, gua pun on laa fb .. semua sibuk citer dapat mana kan .. tup2 gua chat ngn kawan gua dgn kata lain roomate aku dulu laa kat matrik .. dia boleh tahu aku dapat mana .. memang ada laa tu yang cek kan .. geram tak geram laa kan .. ishhh tak suka tahu tak .. ahhhhh stressss .. hahahaha .. ngok ngekkk .. tapi sekejap jee wa marahh .. kawan kot .. aku sayang dyeorng ni .. mmuahhh cikit .. hahaha .. oppsss terlebih sudah .. haha .. lalalala ..

So, aku dapat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kos pula sains gunaan (agroteknologi) kira macam doktor pokok laa gitu .. haha .. kos da cantik tapi tempatt pula jauh ke timur .. ahh sudahhh .. suka laa kan dapat upu iyelaa bukan semua orang dapat upu kira beruntung laa aku dapat ... tapi ... aku bgthu laa mak aku petang tu, mak aku cuma cakap "jauhh nyaa , tak boleh tukar ke ? " aiii aku mana tahu kan .. start kat situ aku tahu aku tak kan dapat pergi punya .. confirm ko joyahh .. haha .. 

Haa nak tahu aku pergi ke tak .. aku citer bila mana waktu akhir nak masuk ke alam universiti ea .. Tunggu taw .. alaa kata kawan .. tunggu ea .. hahaha ..
Ok post sebelum ni aku citer pasal geng aku kan ,, aina dapat USM kos bioperubatan tak silap aku, nadia dapat UMT kos teknologi alam sekitar , dayah USIM tapi kos tak tahu pulaa .. hehe .. 
tapi kan rasanya semua dapat UPU ni .. :)

Maaf lambat post kan ,, iyelaa mahu merehatkan minda .. :)

Ok ,, Wassalam .. 

Friday, August 8, 2014

#tb Kenangan di KMPk .. My Geng ! haha :)

Assalamualaikum .. :) 

haa ,, sebenarnya saya rindu kamu semua .. especially geng aku ni .. haha .. kawan yang mula2 aku rapat masa first day class in KMPk .. Mas , Dayah , Aina , Nadia .. kami ni berasal daripada Johor dan Kedah .. KJ Geng ! haha .. aku dan dayah asal Johor , aina dan nadia asal Kedah .. haa serasi tak kitaorg .. jangan jeless :p ... >.< hehehehe ... aku ingat lagi , masa hari first tu je kitaorg pg cafe kononnya nak study buat tutor kimia .. haa masa tu ada budak laki kelas , amir dan nik .. tak sangka la boleh rapat dgn dyeorg walaupun baru hari pertama ,, daebak ! haha .. 

Tipu laa kalau tak ada gaduh terasa hati semua .. memang ada tapi sabar laa .. hehe .. :) meh aku tunjuk gambar mereka ye ... kami empat sekawan ! ^.^ 

AINA , DAYAH , NADIA , MAS ^_^ 
ni masa bio praktikal .. lepas habis buat eksperimen kitaorg main sabun campur dgn apa entah aku tak ingat.. hahahaha .. :) cantik tak ? hahaha 


haa ini pun kat bio lab .. kitaorg bedah tikus ! ee seronok taw .. aina dan nad punya katak hidup so dapat tengok laa tikus tu berdenyut dgn peristalsis ke ,, ehhh aku tak ingat .. hahaha .. tapi tikus aku , dayah bedah yang bedah .. alaa aku tak berani .. hehe :) 


ni last2 day di KMPk .. sadiss sungguh .. haha .. ni kT njung siswa ,, ni sesi lepaking sambil makan ,, sasaran utama adalah Bistro ! takpun Kesis .. hehe .. chicken slice adalah pertama aku beli kat bistro ,, nyum nyum sedapa sangat .. haha :)


ni masa dinner .. hehe .. comel kan .. ^_^ macehhh haha .. perasan lebihh ... ngee .. 


so this is the last class last tutorial .. so we are giving you ,our love ! hahaha :) 
sedih taw .. ni kat ict lab .. hehehe .. before final exam .. :)


Inilah kisah kami , sebenarnya banyak tapi .. nt laa ada masa aku story moryy ye .. hehe 
ok wassalam ^.^ 



Thursday, August 7, 2014

Beraya Sakan bersama Kawan2 .. :)

Assalamualaikum .. :)

Ok ,, aritu aku tak ingat tarikh sorry syahirah hehe ,, peace :) aku wani dan ecah taib beraya rumah dia ,, hehe walhal teman dia .. ngeee .. best taw .. jumpa mereka ni .. asik ketawa je .. tapi jgn ketawa je nanti menangis pula .. :) lumrah hidup kan .. alaa ada ambil gambar tapi kat syahirah .. comel je taw .. haha :) 
eee perasan lebih .. tapi kan ada satu kejadian lawak gila .. aku naik motor ngn syahirah ni .. badan dia da laa kurus kecik comel je kan .. aku ni besar sikit daripada dia .. haha .. da laa aku menumpang dia yang bawak .. masa aku nak naik tu da duduk ni .. boleh pula motor nya senget sebelah nak tumbang laa tu .. ee buat malu je kan aku ni .. malu malu malu .. >.< hahaha .. nasib baik tak jatuh .. ok lastly merempit dengan ecah taib .. debakkk ! ^_^ 

Untuk hari ini pula , open house dirumah Marlina binti Hadiz .. hehe .. alaaa kawan aku tu yg first entry aku pasal dia .. haa alaa buat2 ingat laa ye .. :) .. meriah taw ,, so , aku shima eja menumpang najib yang membawa kereta .. bestkan acah2 ada driver gitu .. haha .. haa yang datang rumah mena , ada syakir budak form6, ira maspor , halimah , farha ,ika saat , syahirah senin , wani , hafidan , hassan , rashid , dan hamizan :) 
ramai laa juga kan .. itu pun  da kecoh taw .. huwa huwa huwa ... haha :) makang2 pastu ambil gambar ,, take a picture ,, haha ehh not a picture but pictures .. riuh rendah rumah mena .. :) lepas tu berarak ke rumah rashid .. haa kat sini ada tragedi kelakar .. nak thu tak mena boleh pula jatuh sebab ada lipas .. haha .. terkejut laa .. alahai mena ni .. tapi kesian dia .. tak lama pastu ..air tumpah pula sebab ada lipas .. gara2 lipas .. haha .. ok macam biasa ambil gambar lagi .. haha..

Perasaan aku sangat seronok sebab jumpa mereka semua .. berpeluk sakan .. :) hehe .. aku sayang mereka semua .. harap ukhwah kita ni berpanjangan dan kekal ,, aamiin .. dan terima kasih Ya Allah kau pertemukan aku dengan kawan2 seperti mereka .. yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan pengajaran .. mengenali mereka walaupun dulu bukan 1 sekolah rendah merupakan kenangan yang terindah .. :) aku bersyukur sangat ,, ^.^  

SAHABAT SELAMANYA    ^_~   Aamiin :)

Tuesday, August 5, 2014

55 Amalan sunnah Rasulullah SAW ^_^

Assalamualaikum .. :)

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Su
buh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....