Sunday, July 27, 2014

Salam Syawal .. :)

Assalamualaikum .. :)

hai awak2 semua .. haha .. harini 27/07 esok 28/07 . dan harini last day fasting .. esok first raya .. kemeriahan menyambut aidilfitri sederhana sahaja .. 

Mohon maaf zahir dan batin .. ^_^ 

.......... 

aku rasa dia lebih bahagia bila aku tak ganggu dia .. mungkin aku yang patut jauhkan diri aku daripada dia .. dia mesti ada suka kan orang lain .. dan aku rasa bukan aku lagi .. maaf untuk lakukan benda tu ambil masa yang lama .. aku tak nak buat semua ni .. tapi aku tak nak ko terbeban disebabkan aku .. 
aku minta maaf .. kekuatan itu lahir bila hati yang teguh dengan pendirian nya .. aku cuba dan cuba dan cuba lagi .. salam syawal dariku untukmu .. ^.^ 


Wassalam ..

Saturday, July 26, 2014

Adakah ini pengakhirannya ? :(

Assalamualaikum ... :)

awak .. betul ke awak da tak nak kat saya ? hmm namun tak diluah oleh mulut ku hanya didalam hati sahaja .. :'( .. awak seriously semalam (25/07) saya memang sedih sangat ..menangis ! menangis ! menangis ! saya tak kuat awak tapi demi Allah saya kena kuat .. maafkan saya , saya perlu tunjuk depan awak yg saya da kuat .. maaf saya hipokrit .. :( saya cuba awak .. selama ni saya muhasabah diri saya lagi2 sebelum tidur apa saya da buat semalam dan hari sebelum nya .. malu geli kelakar sengal semua ada .. tapi malu paling banyak .. umur aku da 19 tahun tapi perangai tak matang masih macam budak2 sebab tu aku jadi macam tu .. :( takpe2  yang penting da sedar ..dan sebab tu aku tak nak cakap benda yang kita tak tahu kesudahan nya ..

awakk .. dalam hati ni mengharapkan awak faham apa yang saya buat sekarang ni ,, saya nak hubungan yang halal .. tapi saya nak awak tahu saya sentiasa tunggu awak .. saya tak nak awak pergi .. sebab tu apabila awak cakap kita kawan je kan .. saya terima wakk walaupun ase sakit sikit laa .. awak tak perlu minta maaf .. segala pertemuan kita semua telah ditakdirkan olehNya ... berprasangka baik laa .. walaupun aku ada gak pikir negatif hihi :) tapi husnudzon laa .. dan bahagia atau tidak itu saya rasa .. dan terima kasih hadirkan perasaan ini untuk seketika :) terima kasih beri saya kebahagiaan selama ni ..

Doa doa doa ... itu sahaja yang mampu saya lakukan daripada berkata kata .. saya tak nak awak terbeban dengan apa yang saya buat kat awak oleh itu saya hanya luahkan padaNya dan menulis .. :) maafkan saya taw awak .. :) maaf sangat sangat ... tapi kan awak saya berdoa satu hari nanti awak datang kat saya dengan niat mahu menikahi saya .. aamiin ,,, nampak tak kat situ yang saya ni berangan jadi princess hehe :) .. takpe don't worry i'll wait for you and be happy ^_^ ya Allah perkenankan laa doa ku aamiin .. ^.^

Wassalam .. :)

#maaf tarikh dan hari di blog ni tak berapa betul .. hehe

Wednesday, July 23, 2014

tak kan tak mahu ... ^.^

Assalamulaikum ..
sedikit perkongsian daripada laman sosial mukabuku ... :)

1) Tak kan tidak mahu, dekat dengan Allah?
"Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu)."
-Riwayat Muslim-
2) Tak kan tidak mahu, berada dalam penjagaan Allah?
"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah."
-Riwayat Muslim-
3) Tak kan tidak mahu, dosa diampunkan sekalipun tak terkira banyaknya?
"Sesiapa yang mengucapkan : 'subhanallah wa bihamdihi' setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil), sekalipun sebanyak buih di lautan."
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
4) Tak kan tidak mahu, doa dimakbulkan?
"Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya, melainkan malaikat berdoa : "Semoga bagimu seumpama itu." "
-Riwayat Muslim-
5) Tak kan tidak mahu, Allah berselawat untuk kita?
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali. Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali."
-Riwayat Muslim-
6) Tak kan tidak mahu, dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
"Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga."
-Riwayat Muslim-
7) Tak kan tidak mahu, dibina untukmu rumah di dalam syurga?
"Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari, melainkan Allah bina untukmu sebuah rumah di dalam syurga."
-Riwayat Muslim-
8) Tak kan tidak mahu, pahala berqiamullail sepanjang malam?
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail sepanjang malam."
-Riwayat Muslim-
9) Tak kan tidak mahu, pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
"Orang yang menanggung keperluan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tanpa henti dan berpuasa tanpa berbuka."
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
10) Tak kan tidak mahu, pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
"Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga : sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak yang mendoakannya."
-Riwayat Muslim-

Tuesday, July 22, 2014

Samsons-Kenangan Terindah

RESULT !!

Assalamualaikum :)

hari ini 22/07/2014 ... surat cinta daripada KMPk telah maii ke rumah .. hahaha ... 
alhamdulillah aku lulus .. walaupun tak gempak dapat 4flat .. sekurangya aku tahu ini usaha aku selam ini ..
hehe... sedanga ku diulit mimpi di siang hari ,, tup2 mak panggil " linaa.. ni surat apa ni " bangun tidur terus ambil result nya .. hehe ... malu laa .. :) mak abah tak thu lagi ni .. takpe2 in shaa Allah kau boleh lina ,, kuat Maslina ! ^_^ 

Tapi aku sedih sebab aku belek2 result yang purata punya ,, aku boleh dapat kos yang aku rasa boleh dapat masa isi upu :( sedih laaa .. huarghhhh .... :'( tapi mana boleh patah balik ... aku tak sangka subject tu boleh dapat B- kan ... takpelaa lina ,, Allah da tentukan yang terbaik untuk kau ,, sekarang tinggal tunggu keputusan upu pula ea bulan 8 nanti .. ada rezeki bulan 9 sambung belajar ... just cool .. rooo cooollllll hahaha :) ... 

Mungkin ada hikmah aku tak ambik course tu sebab aku bermata empat aka rabun .... 
now, just pray to Allah ,,, whatever you wants , Allah will hear it ,, make du'as lina ! ^.^ 
Aja2x fighting ! ,, hehe ,,, remember this "la tahzan , innallah ma'ana" 






Sunday, July 20, 2014

"Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk"


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

Monday, July 7, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

hai hai ... Assalamualaikum .. :)

ok readers .. tadi terbaca entry kak lyssa faizureen ( www.lyssasecret.com ) .. hehe ada buat contest give away from Nile.com.my haa ni laa dia.. tak silap felixia yeap pun gunakan perkhidmatan ni untuk membeli barang online .. :)

So, ni first time kan,, ok tadaaaaaa :)





haa ni laa dia... mehh sini satt... :)
ni link dia ehh jangan tak tekan,,, tekan ea .. :)

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76


Disebabkan ini tahun pertama aku menyertai contest macam ni,, rasa teruja juga.. dengan blog aku yang hampir setahun aku buat ,, hehe .. :)

Ok laa.. in shaa Allah andai kata aku dapat giveways ni dengan hadiah lumayan sebanyak rm300 .. 
haa aku nak beli jubah untuk hari raya nanti sebab seumur hidup aku tak pernah lagi pakai jubah ,, teringin nak pakai :) , selain itu aku nak belikan mak aku tudung sarung yang dia suka ,, dan untuk abah belikan tshirt tak pun jubah untuk lelaki ,, mesti nampak smart kan ^_^...
jika ada lebih bole beli kuih raya kan,, nyum nyummm macam sedap je,, hehe.. ehh puasa laa :)

semoga aku terpilih laa kan .. ok ,, keep support Nile.com.my :)
aamiin ^.^


Saturday, July 5, 2014

Problems ?

Assalamualaikum ... 

First.. Second.. Third.. heee sebenarnya tak tahu nak cakap apa... hahaha .. ngok ngek :p
tak ada laa.. everyone has own problem,right ? i have one experience when someone text me and say like that.. then i think many times , am I always give you burden when i share something ? hmm :( .. the feeling ,is hard to say.. now, when i want to share something i just think this is good when i share it or it just vain talk ?
haa.. before this,, i have many story to share but now sometimes i just keep quiet and listen only.. :) 

I want to say sorry if before this i give you hard situation to hear everything my problems.. i dont know you if you had bored with that .. :) one day when you throwback and you look into myself now.. tell me what is diference ? 

So, just give some advice to me how to improve myself getting better muslimah .. in shaa Allah :)



Friday, July 4, 2014

part2 : babyssister ^_^

Assalamualaikum .. :)

Petang tadi kembar da balik.. sunyi je rumah selalunya kembar laa yang buat bising..
Ya Allah rindunya nak dengar kembar ketawa..
Paling tak boleh aku lupa.. bila nampak kucing je.. mula laa nak kejar sana kejar sini.. hehe..
nanti adik cakap "miow miow " haha pastu jerit .. yang kakak pula .. ketawa sambil tutup mulut hahaha
kelakar taw ragam kembar ni ..
hehe...

Takpelaa,, nanti abg balik mesti dapat jumpa kembar ! ok set., senyum ^_^



haa belanja 1 gambar kakak dan adik,, the curly hair :) cun apa kan .. hehe :)
ok wassalam :D

Thursday, July 3, 2014

Share something ! Important for everyone ^_^

Assalamualaikum :)

Nasihat buat anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin kelak..Perbaiki dirimu..
pesanan Syarahan Al-Fadhil Ustaz Abdullah Khairi :-
orang muda kena tahu 5 perkara
1) boleh jadi imam
2) boleh baca doa selepas solat sebagai imam
3) boleh solat jenazah
4) tahu bacaan doa selepas solat jenazah
5) tahu baca tahlil
-->orang muda kena berilmu, kalau x tahu, pergi mengaji agama..

  • haa,, ni aku share something, ia nya berguna kan :)
  • oleh itu kepada bakal muslim marilah melakukannya dengan penuh keikhlasan :)
ok laa,,
renung2 kan dan selamat beramal .. peace yoo ^.^

Tuesday, July 1, 2014

part 1 : babysister ^_^

Assalamualaikum semua :) 

haa harini hari pertama dan malam yang kedua menjaga kembar .. twink2 :) haha
pehh first experience beb susah wa nak dapat moments camni .. haha.. so ptg tadi pg PPD segamat uruskan hal adik (shah ) hehe... nak dijadikan cerita aku laa kena tgal dgn kembar kat kete .. Ya Allah,, baru ku tahu menjadi seorang ibu memerlukan kesabaran yang tinggi juga  laa ,, haha.. adik da tido ,, kakak menangis nak ikot mak abh pergi pejabat.. huwaaa huwaaa laa kakak ,, akhirnya diam gak dapat biskut .. then melayan laa karenah kakak dgn adik :)

apa yang aku nampak kakak ni manja laa.. adik ni cool sporting haha .. daebakkk ^_^ 

ok laa... ada nya kembar dapat gak hilang kan kesedihan kan .. 
dapat kegembiraan yang best ! ^_^


#jangan lupa sahur :)

Selamat Berpuasa ^.^

Assalamualiakum.. 

Ahlan Wasalan Ya Ramadhan :)

selamat berpuasa ^_^ ... yeyeh tahun ni dapat puasa kat uma haha... :)
semestinya kita nak tahun ni lagi baik daripada tahun sebelum ni kan.. in shaa Allah semoga amalan kita diterima olehNya.. aamiin .. so as usual , me as a woman hehe not woman but girl haha.. ku mengharap kan ramadhan kali ini aku dapat puasa penuh walaupun agak mustahil bagi seorang wanita tapi tak mustahil ia akan terjadi dengan kekuasaanNya .. 

Puasa minggu ni aku jadi babysister laa menjaga si kembar kakak dan adik.. almaklum laa adik kena chinken pox or cengkerik ,, lebih kurang laa... haha.. pengalaman yang baru.. bukan senang taw.. hehe..

ok laa have a nice day ... ^_^