sedikit perkongsian daripada laman sosial mukabuku ... :)
1) Tak kan tidak mahu, dekat dengan Allah?
"Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu)."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
2) Tak kan tidak mahu, berada dalam penjagaan Allah?
"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
3) Tak kan tidak mahu, dosa diampunkan sekalipun tak terkira banyaknya?
"Sesiapa yang mengucapkan : 'subhanallah wa bihamdihi' setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil), sekalipun sebanyak buih di lautan."
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
4) Tak kan tidak mahu, doa dimakbulkan?
"Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya, melainkan malaikat berdoa : "Semoga bagimu seumpama itu." "
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
5) Tak kan tidak mahu, Allah berselawat untuk kita?
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali. Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
6) Tak kan tidak mahu, dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
"Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
7) Tak kan tidak mahu, dibina untukmu rumah di dalam syurga?
"Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari, melainkan Allah bina untukmu sebuah rumah di dalam syurga."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
8) Tak kan tidak mahu, pahala berqiamullail sepanjang malam?
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamullail sepanjang malam."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
9) Tak kan tidak mahu, pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
"Orang yang menanggung keperluan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tanpa henti dan berpuasa tanpa berbuka."
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
10) Tak kan tidak mahu, pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
"Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga : sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak yang mendoakannya."
-Riwayat Muslim-
-Riwayat Muslim-
No comments:
Post a Comment